Sabtu, 26 Disember 2020

'Lagi ramai bermain di Eropah, lagi bagus'

BERNAMA | | 20 Disember 2020




Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan, Azman Adnan ketika sidang media pada Majlis Pelancaran Jenama Azman Adnan di Cheras hari ini.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Penyerang pasukan kebangsaan dan Selangor era 90-an Azman Adnan mencadangkan agar lebih ramai pemain muda tempatan, menanam keazaman untuk beraksi di luar negara sekali gus dapat meningkatkan prestasi skuad kebangsaan, di peringkat antarabangsa.
Bekas penyerang prolifik itu mengambil contoh jumlah pemain kebangsaan Jepun dan Korea Selatan, yang berjaya menembusi kancah liga utama Eropah, dan seterusnya pengalaman itu digunakan bagi membantu meningkatkan mutu permainan pasukan kebangsaan masing-masing, di pentas tertinggi dunia.
“Jadi kita cuba ambil satu langkah ke hadapan. Jika ada pemain kita berbakat, hantar (ke luar negara) kenapa tidak mencuba? Belum cuba belum tahu. Apa yang penting kita mencuba, sentiasa positif.
“Kita dapat lihat macam pasukan Jepun, berapa ramai pemain mereka beraksi di luar negara? Pemain (kebangsaan) Korea Selatan? Lagi ramai pemain muda bermain di Eropah, lagi bagus untuk pasukan kebangsaan,” katanya kepada pemberita, pada majlis pelancaran jenama produk pakaian Azman Adnan di sini pada Sabtu.
Ketika ini, hanya dua pemain muda negara penyerang Luqman Hakim Shamsudin, 19, dan Muhammad Safawi Rasid, 23, berjaya melebarkan sayap ke liga utama Eropah, sementara beberapa lagi pemain tempatan beraksi di liga negara Asia antaranya Jepun dan Thailand.
Luqman Hakim yang juga tonggak skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia pertama membuat penampilan di pentas liga utama Eropah, selepas menandatangani kontrak profesional lima tahun bersama kelab Belgium KV Kortrijk, pada Ogos lepas.
Sementara, Muhammad Safawi yang beraksi di posisi sayap untuk pasukan juara Liga Super 2020 Johor Darul Ta’zim (JDT), melengkapkan perpindahannya secara pinjaman ke pasukan liga utama Portugal, Portimonense SC pada Oktober lepas.
Azman, 49, berkata impak penglibatan pemain muda di luar negara kepada skuad kebangsaan itu akan lebih jelas, jika separuh daripada skuad dibarisi pemain bermain di luar negara.
“Bayangkan kalau ada lapan pemain negara beraksi di luar negara dan bila mereka balik (bermain dalam skuad kebangsaan) dengan pengalaman berbeza daripada apa di Liga-M (Liga-Malaysia),” katanya.
Malah, bekas ketua jurulatih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, suasana serta pengalaman berbeza beraksi di luar negara, akan lebih mematangkan seseorang pemain. - Bernama
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115656/BERITA/Sukan/Lagi-ramai-bermain-di-Eropah-lagi-bagus© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rabu, 23 Disember 2020

Kehadiran pemain naturalisasi suntik motivasi – Azman

 SUKAN



AZMAN berjaya melepasi halangan pemain Arsenal Gilies Grimandi pada aksi Malaysia menentang Arsenal di Stadium Nasional, Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Kehadiran pemain naturalisasi suntik motivasi – Azman

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

20 Disember 2020, 12:02 pm

PENAMBAHAN pemain naturalisasi yang bakal diserapkan dalam skuad Harimau Malaya tidak memberi sebarang kesalahan malah keputusan tersebut dijangka dapat meningkatkan mutu bola sepak negara.

Pandangan tersebut disuarakan oleh legenda bola sepak kebangsaan, Azman Adnan yang percaya kehadiran pemain-pemain naturalisasi itu dapat memberi motivasi buat tonggak tempatan beraksi dengan lebih baik.

Azman berkata, rekod pengambilan pemain naturalisasi sebelum ini menerusi pemain sayap kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh telah memberikan impak positif buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu.

Jika ada penambahan pemain naturalisasi dalam kem skuad kebangsaan, saya rasa itu bukanlah masalah yang besar asalkan dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan.

Kalau saya masih lagi bermain, situasi ini akan membuatkan saya lebih bersemangat dan cukup bermotivasi untuk me­rebut tempat dalam kesebelasan utama.

Malah, saya telah buktikan apabila mampu bersaing dengan pemain import cukup berkualiti seperti Christopher Kiwomya dan Tony Cotte,” kata Azman ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ismail dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa Endrick dan Cabrera akan dinaturalisasikan bersama kelab Harimau Selatan bermula tahun 2022.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya yang kini menduduki ranking ke-153 dunia sudah mempunyai dua pemain naturalisasi iaitu Sumareh dari Gambia yang diberikan kerakyatan pada 2018.

Sementara itu, Liridon Krasniqi kelahiran Kosovo pula telah diberi kerakyatan pada awal tahun ini selepas bermain dalam kancah Liga M sejak musim 2015.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

Isnin, 21 Disember 2020

Azman Adnan saran ikut jejak Safawi, Luqman

Oleh Zulfaizan Mansor - Disember 20, 2020 @ 6:32pm

zulfaizan@bh.com.my



Luqman Hakim Shamsuddin (kiri) dan Safawi Rasid. - Foto ihsan vocket fc.

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Azman Adnan percaya skuad Harimau Malaya akan menjadi lebih mantap sekiranya lebih ramai pemain muda mengikut jejak langkah Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid untuk beraksi di luar negara.

Dia yang juga bekas penyerang sensasi Selangor berkata pemain muda akan mendapat pengalaman sangat berguna di luar negara yang pasti berbeza dengan apa yang mereka peroleh di Liga Malaysia (Liga M).

Katanya, sudah tiba masa untuk bola sepak negara melangkah jauh ke depan dengan mendedahkan pemain muda yang berbakat kepada pengalaman beraksi di luar negara.

"Kalau lagi ramai bermain di Eropah, lagi bagus untuk pasukan kebangsaan. Kita dapat lihat macam pasukan Jepun, berapa ramai pemain mereka bermain di luar negara?

"Jadi kita cuba ambil satu langkah ke depan. Jika ada pemain kita yang betul-betul berbakat, kita hantar, kenapa tidak mencuba? Tak cuba tak tahu, yang penting kita cuba, sentiasa positif.

"Kalau ada lapan pemain, tidak kisah (bermain dengan) kelab mana-mana atau divisyen berapa pun, tapi bila dia balik, dia akan dapat pengalaman yang berbeza daripada Liga M," katanya.

Luqman ketika ini beraksi di Liga Belgium bersama kelab KV Kortrijk manakala Safawi pula menyertai kelab Portugal, Portimonense SC secara pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Safawi bagaimanapun dilaporkan akan kembali ke pangkuan JDT musim depan, sekali gus kemungkinan tidak akan menamatkan tempoh pinjaman selama semusim itu.

Ditanya mengenai perkembangan itu, Azman bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menjelaskan hanya Safawi dan JDT yang mengetahui apa yang mereka lakukan.

"Ini bergantung kepada Safawi dan pengurusan (JDT), mereka yang lebih tahu. Saya tak boleh nak buat apa-apa komen. Sama ada dia balik atau tidak balik, itu antara mereka," katanya.SUMBER-BH OLINE


Ahad, 20 Disember 2020

Selangor tak payah ‘sentap’



Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

20 Disember 2020, 1:44 pm

KUALA LUMPUR: Legenda Red Giants, Azman Adnan menyifatkan pandangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tentang pasukan Selangor sebagai satu cabaran untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Pada sesi temu bual dalam rancangan BOLA@MAMAK bersama sebuah stesen televisyen swasta kelmarin, TMJ yang juga pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menyenaraikan Selangor sebagai pencabar bagi saingan Liga M.

Azman antara penyerang terbaik pernah dimiliki negara, meminta Selangor menyahut cabaran itu dan melihatnya dari sudut positif kerana pandangan TMJ bukannya bersifat untuk merendahkan juara 33 kali Piala Malaysia tersebut.

Apa yang TMJ katakan tentang Selangor itu ada betulnya. Kalau saya pihak pengurusan pasukan, bila seseorang itu bagi komen, saya akan ambil sebagai cabaran.

Saya akan bagi tahu kepada pemain atau staf, kita cuba buat yang terbaik kerana teguran itu bukan untuk menjatuhkan kita.

Kadang-kadang teguran itu sebab nak tengok Selangor membangun. Sekarang kita ada jurulatih dari Jerman dan DNA, jadi kita tunggu DNA apa yang akan keluar dan masih terlalu awal untuk kita bagi keputusan.

Biarlah mereka teruskan dengan latihan sebab jurulatih pun baru datang. Tapi yang penting kalau boleh jangan ada gangguan dari luar, kalau tidak sukar untuk jurulatih lakukan kerja,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran produk jenamanya sendiri di sini, semalam.

TMJ memilih Kedah, Terengganu FC (TFC) dan Pahang sebagaj pencabar utama mereka dalam Liga M meskipun Selangor ketika ini paling aktif mempersiapkan pasukan.SUMBER-SUKAN UM

Azman gesa cipta nama di luar negara

MyMetroArena



BERNAMA

Kuala Lumpur: Penyerang pasukan kebangsaan dan Selangor era 90-an, Azman Adnan mencadangkan agar lebih ramai pemain muda tempatan, menanam keazaman untuk beraksi di luar negara sekali gus dapat meningkatkan prestasi skuad kebangsaan, di peringkat antarabangsa.

Bekas penyerang prolifik itu mengambil contoh jumlah pemain kebangsaan Jepun dan Korea Selatan, yang berjaya menembusi kancah liga utama Eropah, dan seterusnya pengalaman itu digunakan bagi membantu meningkatkan mutu permainan pasukan kebangsaan masing-masing, di pentas tertinggi dunia.

"Jadi kita cuba ambil satu langkah ke hadapan. Jika ada pemain kita berbakat, hantar (ke luar negara) kenapa tidak mencuba? Belum cuba belum tahu. Apa yang penting kita mencuba, sentiasa positif.

"Kita dapat lihat macam pasukan Jepun, berapa ramai pemain mereka beraksi di luar negara? Pemain (kebangsaan) Korea Selatan? Lagi ramai pemain muda bermain di Eropah, lagi bagus untuk pasukan kebangsaan," katanya kepada pemberita, pada majlis pelancaran jenama produk pakaian Azman Adnan di sini, semalam.

Ketika ini, hanya dua pemain muda negara penyerang Luqman Hakim Shamsudin, 19, dan Muhammad Safawi Rasid, 23, berjaya melebarkan sayap ke liga utama Eropah, sementara beberapa lagi pemain tempatan beraksi di liga negara Asia antaranya Jepun dan Thailand.

Luqman Hakim yang juga tonggak skuad Bawah 19 Tahun (B-19) negara, mencipta sejarah menjadi pemain Malaysia pertama membuat penampilan di pentas liga utama Eropah, selepas menandatangani kontrak profesional lima tahun bersama kelab Belgium KV Kortrijk, pada Ogos lepas.

Sementara, Muhammad Safawi yang beraksi di posisi sayap untuk pasukan juara Liga Super 2020 Johor Darul Ta'zim (JDT), melengkapkan perpindahannya secara pinjaman ke pasukan liga utama Portugal, Portimonense SC pada Oktober lepas.

Azman, 49, berkata impak penglibatan pemain muda di luar negara kepada skuad kebangsaan itu akan lebih jelas, jika separuh daripada skuad dibarisi pemain bermain di luar negara.

"Bayangkan kalau ada lapan pemain negara beraksi di luar negara dan bila mereka balik (bermain dalam skuad kebangsaan), dengan pengalaman berbeza daripada apa di Liga-M (Liga-Malaysia)," katanya.

Malah, bekas ketua jurulatih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata, suasana serta pengalaman berbeza beraksi di luar negara, akan lebih mematangkan seseorang pemain.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 5:56 PM

Selasa, 28 Januari 2020

Third The National Soccer Award

1 April 1997
Jointly organised by the FA of Malaysia (FAM), Sportswriters Association of Malaysia (SAM) and Glamoir World of Sports
Player of the Year: Zainal Abidin Hassan
Striker of the Year: Azman Adnan
Midfielder of the Year: K. Sanbagamaran (Selangor)
Defender of the Year: B. Rajnikandh (Negeri Sembilan)
Goalkeeper of the Year: Khairul Azman Mohamed
Most Valuable Foreign Player: Merzagua Abderrazzak (Pulau Pinang)
Most Promising Player of the Year: Che Zambil Ahmad (Kedah)
Manager of the Year: Datuk Mohamed Aini Taib (Selangor)
Coach of the Year: Ronald Smith (Sabah)
Fan Club of the the Year: Selangor
Best Youth Performance: Selangor
Referree of the Year: V.K.S. Sinniya.[1]


[1]https://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/search/label/Liga%20Malaysia%201998

Sabtu, 11 Januari 2020

ANUGERAH BOLASEPAK 1997


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Third The National Soccer Award
1 April 1997
Jointly organised by the FA of Malaysia (FAM), Sportswriters Association of Malaysia (SAM) and Glamoir World of Sports
Player of the Year: Zainal Abidin Hassan
Striker of the Year: Azman Adnan
Midfielder of the Year: K. Sanbagamaran (Selangor)
Defender of the Year: B. Rajnikandh (Negeri Sembilan)
Goalkeeper of the Year: Khairul Azman Mohamed
Most Valuable Foreign Player: Merzagua Abderrazzak (Pulau Pinang)
Most Promising Player of the Year: Che Zambil Ahmad (Kedah)
Manager of the Year: Datuk Mohamed Aini Taib (Selangor)
Coach of the Year: Ronald Smith (Sabah)
Fan Club of the the Year: Selangor
Best Youth Performance: Selangor
Referree of the Year: V.K.S. Sinniya