ARKIB : 06/09/2000
PENYERANG Johor, Sutesh Nair (kanan)
berjaya melepasi kekangan pemain Kedah dalam perlawanan bola sepak kumpulan D
Piala Malaysia di Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam. - Gambar RAJA JAAFAR
ALI
NEGERI Sembilan menjadi pasukan pertama
layak ke suku akhir bola sepak Piala Malaysia selepas menewaskan Perak 3-0 pada
perlawanan kumpulan D di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.
Dengan membariskan pemain yang sama
semasa menewaskan Kedah 4-0 Sabtu lepas, skuad Rusa bertindak pantas melakukan
serangan di awal permainan, bagaimanapun kebanyakan serangan terkandas akibat
permainan kasar pasukan Perak.
Gol bekas penyerang kebangsaan, Azman
Adnan minit ke-40 memastikan kemaraan pasukan tuan rumah ke suku akhir.
Azman yang mendapat hantaran lintang K.
Rajan di dalam kotak penalti dan kemudian berjaya melepasi pertahanan Perak
sebelum melakukan rembatan kencang menembusi gawang pasukan pelawat.
Sebelum itu, pada minit ke-21, Effendy
Malek melakukan percubaan dari jarak 25 meter tetapi ditepis penjaga gol Perak,
Tay Sing Kiat.
Perlawanan malam ini hampir tercemar
dengan pergaduhan apabila pemain Negeri Sembilan dan Perak saling melakukan
kekasaran.
Bagaimanapun kecekapan pengadil Ishak
Ismail berjaya meredakan keadaan.
Dalam separuh masa kedua, skuad Rusa
terus menguasai permainan dengan tidak memberi ruang kepada pemain Perak
melakukan serangan demi serangan.
Gandingan mantap bahagian tengah dan
pertahanan mampu mengekang setiap asakan pasukan Perak.
Pasukan tuan rumah menambah derita
Perak pada minit ke-59 apabila sepakan percuma Ching Hong Aik disambar oleh
Mohd. Shukor Adan untuk menewaskan Sing
Skuad Rusa melakukan asakan bertali
arus dan mendapat jaringan ketiga pada minit ke-78 apabila Leong Hong Seng
merembat cantik sepakan percuma yang diberikan apabila pemain Perak, K.
Nanthakumar menjatuhkan Chow Chee Weng.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4b0HK3SKf
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan