OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
SUMBER-BOLASEPAK 1.1.08
Label
- AZMAN ADNAN 1987
- AZMAN ADNAN 1988
- AZMAN ADNAN 1989
- AZMAN ADNAN 1991
- AZMAN ADNAN 1992
- AZMAN ADNAN 1993
- AZMAN ADNAN 1994
- AZMAN ADNAN 1996
- AZMAN ADNAN 1997
- AZMAN ADNAN 1998
- AZMAN ADNAN 1999
- AZMAN ADNAN 2000
- AZMAN ADNAN 2001
- AZMAN ADNAN 2002
- AZMAN ADNAN 2003
- AZMAN ADNAN 2004
- AZMAN ADNAN 2007
- AZMAN ADNAN 2011
- AZMAN ADNAN 2015
- AZMAN ADNAN 2018
- AZMAN ADNAN 2019
Memaparkan catatan dengan label AZMAN ADNAN 2000. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AZMAN ADNAN 2000. Papar semua catatan
Khamis, 4 April 2019
Rabu, 3 April 2019
Sabtu, 11 Mac 2017
Azman: Perlawanan akhir begitu bermakna bagi saya
ARKIB : 12/10/2000
MESKIPUN telah beraksi dan
menjulang Piala Malaysia sebanyak dua kali, namun bagi penyerang Negeri
Sembilan Azman Adnan, perlawanan akhir menentang Perak Ahad ini, begitu
bermakna buat dirinya.
Katanya ia merupakan sesuatu
yang diidam-idamkan untuk bermain mewakili negeri kelahirannya dan berharap
Negeri Sembilan membawa pulang Piala Malaysia musim ini.
''Perlawanan akhir Ahad ini
begitu bererti dan saya tidak mahu mensia-siakan peluang itu, apatah lagi ia
perlawanan akhir pertama Negeri Sembilan selepas penantian selama 52 tahun,''
katanya di Seremban.
Dia membantu Selangor menjuarai
Piala Malaysia pada 1996 dan 1997.
Azman, 28, yang keluarganya
berasal dari Pedas, Rembau pernah membelakangkan pasukan Negeri Sembilan ketika
hampir menandatangani kontrak pada awal 1998.
Pemain itu berkata, dia
berterima kasih kepada Negeri Sembilan kerana diterima menyertai pasukan itu
musim ini dan berjanji akan memberi aksi terbaik untuk Negeri Sembilan mencapai
kejayaan.
''Menjaringkan gol pada
perlawanan akhir tentu sesuatu yang manis. Namun yang penting bukan siapa yang
menjaringkan gol tetapi Negeri Sembilan menang perlawanan itu,'' katanya.
Jika dikawal ketat, katanya,
ada pemain-pemain Negeri Sembilan yang lain yang mampu menjaringkan gol seperti
penyerang Efendi Malek dan pemain tengah, Wong Sai Kong.
Azman yang dipanggil semula
untuk latihan skuad kebangsaan bagi menghadapi Piala Tiger di Bangkok, November
ini berkata Perak juga mempunyai barisan pemain yang berkebolehan tinggi serta
berpengalaman kerana pernah beraksi dan menang Piala Malaysia pada 1998.
Katanya pemain Negeri Sembilan
tidak harus gentar menghadapi cabaran perlawanan akhir, sebaliknya terus
memberi tumpuan 100 peratus sepanjang perlawanan dan mengekalkan kecemerlangan
yang ditunjukkan selama ini.
''Jika Negeri Sembilan menang,
satu bentuk sejarah tercipta kerana Negeri Sembilan selepas 10 perlawanan
peringkat Piala Malaysia memenangi semua perlawanan.
Perlawanan akhir ini merupakan
perlawanan ke-11 dan berharap rekod cemerlang ini dapat dikekalkan dan terus
menjulang Piala Malaysia,'' katanya.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_05.htm#ixzz4b5F3BsLj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Langgan:
Catatan (Atom)



