Ahad, 28 Februari 2021

PERLAWANAN KEDUA SKUAD OLIMPIK BARCELONA

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 12)

OLEH-AHMAD YAAKOB
Perlawanan kedua Skuad Barcelona di Perstabola Merdeka ialah menentang pasukan Slovan Bratislava pada hari Khamis 08 Februari 1991. Azman Adnan membarisi kesebelasan utama. Keputusan perlawanan Kumpulan B ini berakhir dengan Slovan Bratislava mengalahkan Skuad Olimpik Malaysia 2.0.
Barisan Pemain: Chong Kim Boon, Saziman Ismail, Salahuddin Che Ros, V. Thinagaran, Wong Kok Sum, Ong Kim Swee, Yap Wai Loon, Lee Thean Ewe, Abdul Mubin Mokhtar, Chong King Kong, Azman Adnan (Azmi Mahmud) Coach: Chow Kwai Lam.[1]



_______________________________________
[1]ttps://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2008,diakses pada 28 Februari 2021.

PESTA BOLA MERDEKA 1991

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 11)

OLEH-AHMAD YAAKOB



Semasa Kejohanana Pesta Bola Merdeka 1991,Pasukan Olimpik Malaysia berada dakan Kumpulan B pula mengandungi skuad Olimpik Malaysia yang digelar 'Barcelona Babes' dibawah kendalian jurulatih Chow Kwai Lam, skuad Olimpik Denmark, skuad OlimpikThailand dan ŠK Slovan Bratislava dari Slovakia.

Skuad Olimpik Malaysia, gagal layak ke separuh akhir setelah  sekadar menduduki tangga ketiga kumpulan, dengan 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan.

Skuad 'Barcelona Babes' yang dipersiap untuk layak ke Sukan Olimpik 1992 di Barcelona merupakan antara 'projek mahal' yang dikelolakan FAM. Antara pelatih yang menganggotai skuad ini termasuklah Chong Kim Boon, Saziman Ismail, Ghazali Ismail, Salahuddin Che Rose, V. Thinagaran, Wong Kok Sum, Lim Thean Ewe, Edres Selamat, Yap Wai Loon, Azmi Mohamed, Mubin Mokhtar, Ong Kim Swee, Chong Kin Kong dan Azman Adnan.1

Pada hari Selasa ,06 Februari 1991 Pasukan Olimpik Malaysia melawan Pasukan Olimpik Denmark. Keputusan perlawanan Olimpik Malaysia 1-1 Olimpik Denmark. Gol Olimpik Malaysia dijaringkan oleh Mubin Mokhtar pada mint ke 36. Azman Adnan turun dalam kesebelan utama Pasukan Olimpik.

Barisan Pemain Olimpik dalam perlawanan menentang Olimpik Denmark: Chong Kim Boon; Saziman Ismail (Ghazali Ismail), Sallehuddin Che Rose, V Thinagaran, Wong Kok Sum, Ong Kim Swee, Yap Wai Loon, Lee Thean Ewe, Mubin Mokhtar, Chong King Kong, Azman Adnan (Azmi Mohamad).2

______________________________________

AZMAN ADNAN DAN PESTA BOLA MERDEKA 1991.

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 10)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.
Kejohanan Pesta Bola Merdeka 1991 ada- lah Edisi ke-33. Pertandingan tahunan ini di-
anjurkan oleh Malaysia. Kejohanan ini ber - langsung dari 4 Februari 1991 - 13 Februari 1991. Azman Adnan terpilih untuk mewakili Skuad Olimpik Barcelona dalam kejohanan ini.



Jumaat, 26 Februari 2021

AZMAN MENYERTAI SKUAD OLIMPIK BARCELONA.

 (BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 8)

OLEH-AHMAD BIN YAAK0B


Untuk Sukan Olimpik Barcelona 1992, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sudah mengehadkan umur bagi sukan bola sepak mesti bawah 23 tahun. Maka untuk misi ni, negara telah memulakan projek Barcelona 1992 atau Barcelona Babes yang dipimpin oleh Chow Kwai Lam.Skuad ‘Barcelona Babes’ ni dilaporkan antara ‘projek mahal’ yang dikelolakan FAM ketika itu ketika itu ketika itu. Antara pemain yang terlibat dalam projek ni termasuklah nama yang selalu kita dengar macam Ong Kim Swee, Azman Adnan, Salahudin Che Rose dan lain-lain lagi.[1]
Antara pemain-pemain Skuad Olimpik Barcelona ialah;
Barisan Pemain: Chong Kim Boon, Salehuddin Che Rose, Ahmad Fauzi, Wong Kok Sam, Saziman Ismail, Lee Thean Ewe, Yap Wai Loon, Chong King Kong (Azmi Mohamad), Adnan Ibrahim (Mubin Mokhtar), Azman Adnan, Ong Kim Swee
Coach: Chow Kwai Lam.[2]
________________________________________________

SKUAD KELAYAKAN OLIMPIK BARCELONA 1992

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 7)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Pada tahun 1989,Azman terpilih dalam skuad Kelayakan Olimpik Barcelona di bawah kendalian jurulatih, Chow Kwai Lam, ditubuhkan selepas Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengehadkan sukan bola sepak kepada pemain Bawah 23 tahun pada tahun 1991. Chow Kwai Lam merupakan jurulatih yang memilih Azman Adnan menyertai Skuad Barcelona.[1]
Pengurus skuad Projek Barcelona 1992 ialah Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Azman Adnan, ketika itu berusia 19 tahun, telah menjaringkan empat gol sewaktu Kelayakan Sukan Olimpik Barcelona 1992 di Stadium Olimpik Seoul, Korea Selatan.[2]
Foto-Channel The Azman Adnan
_________________________________________
[1]5 5 Sifu Bola Piihan Era Liga Semi Pro, Channel The Azman .
Adnan.
[2]https://azmanadnan.com/biografi/ tarikh diakses pada 2 Februari 2021.

Khamis, 25 Februari 2021

1988-M KARATHU MELATIH AZMAN ADNAN

  (BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 6)

OLEH AHMAD BIN YAAKOB


Tahun 1988 Azman Adnan ke Singapura untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah ASEAN Bawah 18 tahun. Jurulatih ketika itu M Karathu , dia terkejut dengan kemahiran Azman dan menyatakan Azman boleh pergi jauh dalam bola sepak. Perlawanan pertama Malaysia mengalahkan Hong Kong 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Azman Adnan. Menurut Azman arahan M. Karathu mudah difahami. Semasa kejohanan Jurulatih M. Karathu kerap ke Bilik Azman Adnan bercerita tentang kerjayanya sebagai pemain bola sepak dan untyk memberi motivasi. M. Karathu yakin satu hari nanti Azman Adnan akan menjadi pemain bola sepak terkenal.1
________________________________________________
1 https://azmanadnan.com/biografi/ tarikh diakses pada 2 Februari 2021.

Rabu, 24 Februari 2021

1987-AZMAN BERAKSI UNTUK PASUKAN REMAJA KUALA LUMPUR FA

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 5)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Azman mula beraksi untuk Kuala Lumpur sewaktu Pertandingan Piala Rahman, Piala Razak dan Piala Presiden (1987-1989), di mana beliau menerima ‘Anugerah Penyerang Terbaik Bawah 18 Tahun’ sewaktu Kejohanan Piala Razak, selain menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut.1 Beliau merupakan pemain yang lahir dari yang diasuh dan dibimbing sejak dari bangku sekolahn melalui Sistem Pembangunan Bola Sepak Kuala Lumpur.2
Sumber foto-The Azman Adnan Channel..
_____________________________________________
[1]https://azmanadnan.com/biografi/diakses pada 25 Februari 2021.
[2]Joe Marcose,” Harga Azman RM 1 Juta,”Utusan Malaysia (Kuala Lumpur),19 November 1993.

AZMAN MEWAKILI PASUKAN B-15 SMK COCRANE

OLEH-AHMAD YAAKOB

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 4)


Semasa Darjah 6 di SK Jalan Pasar, Azman bermain bola sekadar suka-suka sahaja. Semasa berusia 15 tahun, Azman datang untuk pemilihan pasukan bola sepak sekolah. Ketika itu,Azman pakai setokin warna kuning dan hijau. Apabila ditanya Cikgu Yusof mengapa pakai setokin hijau dan kuning. Azman minta maaf dengan cikgu Yusof dan menyatakan ini sahaja stokin yang ada di rumah. Cikgu Yusof tersentak, oo.. ya ka awak bukan pemain bergaya. Keesokkan hari Cikgu Yusof sediakan stokin dan kasut untuk Azman. 1
Cikgu Yusof, orang pertama bawa Azman menyertai pasukan bola sepak sekolah dan memulakan karier sebagai pemain bola sepak. Cikgu Yusof juga mengajar cara taktik untuk bermain bola. Bagi Azman tanpa bimbingan cikgu belum tentu kita boleh berjaya. Azman Adnan terpilih menjadi penyerang utama SMK Cochrane. Ketika itu Bapa Azman membeli boot pertama. Selepas itu Azman terpilih mewakili Pasukan Bawah 18 Piala Rahman Wilayah Persekutuan.
Semasa perlawanan pertama di Kedah, Azman cuma pemain simpanan. Perlawanan kedua Azman diberi peluang bermain dan berjaya menjaringkan dua gol. Beliau terpilih ke Piala Rahman Piala Razak dan Piala Presiden. Ketika itu Cikgu Yusof dan bapa Azman hantar Azman berlatih. Cikgu Yusof hantar Azman berlatih kerana tahu Azman boleh ke depan.
Kejayaan bersama Cikgu Yusof ialah muncul Juara Zon Pudu dan Sekolah-Sekolah. Pertandungan Piala Rahman di Alor Star. Umur 17 tahun Azman ke Piala Bolasepak ASEAN di Singapura. Azman bawa maggie. Matlamat Azman beri yang terbaik. M. Karathu mengadakan Azman boleh menjadi pemain terkena. Malaysia mengalahkan Hong Kong 2-0, kedua-dua gol dijaringkan oleh Azman Adnan. 2
___________________________
1 Chanel The Azman Adnan.
2 Ibid.

Ahad, 21 Februari 2021

HJ. ADNAN MELATIH AZMAN ADNAN

OLEH-AHMAD YAAKOB

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 3)


Azman menceburi bidang bola sepak kerana allahyarham bapa beliau Hj.Adnan Ahmad yang sentiasa memberi dorongan kepada Azman. Bapa Azman peminat tegar pasukan Selangor dan Malaysia. Beliau juga peminat allahyarham Mokhtar Dahari. Dia nampak kelebihan anaknya Azman untuk menjadi pemain bolasepak pada masa akan datang. (1)
Hj Adnan menyediakan jadual Latihan Azman Adnan setiap hari. Bangun pagi selepas subuh Azman turun berlatih di Padang Seri Melaka. Azman menjalani latihan dua jam pagi dua jam petang. Jiran-jiran tetanya-tanya kenapa anak Adnan berlatih bola sepak setiap pagi dan petang. Hj Adnan menjawab satu hari nanti Azman akan menjadi pemain bola sepak Malaysia.
Azman berlatih seorang diri dengan bekalan latihan yang diberi oleh bapanya Hj. Adnan Ahmad. Seorang bekas komando yang tidak pernah berputus asa dan yakin Azman Adnan menjadi pemain bolasepak Malaysia.(2)
SUMBER FOTO-CHANNEL THE AZMAN ADNAN.
----------------------------------
(1)Channel The Azman Adnan.
(2)Ibid.

SEJARAH HIDUP AZMAN ADNAN

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 2)

Kembara bermula di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur. Azman bin Adnan dilahirkan pada 1 November 1971 di Kem Terendak, Melaka. Ayah beliau, Adnan Ahmad (Allahyarham) yang dikenali sebagai ‘Pak Nan’, berasal dari Chembong, Rembau, Negeri Sembilan manakala ibunya, Puan Ramlah Daud dari Pedas, Negeri Sembilan.1

Sewaktu di bangku darjah lima, Pak Nan sudah mula menjadi jurulatih Azman yang paling dekat dengannya. Ketika itu, Azman masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar Satu, Pudu. Walaupun bersaiz kecil, Azman saban petang bercampur dan bermain bola dengan orang-orang dewasa di kawasan rumahnya. Ketika itu, ramai yang memuji kebolehan Azman menggelecek pemain-pemain yang lebih dewasa daripadanya.2 


SUMBER FOTO-https://azmanadnan.com/biografi/

___________________________________________

1 https://azmanadnan.com/biografi/

2Ibid.

AZMAN CETUS NOSTALGIA SUPERMOKH.

(BUKU BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 1)

Azman Adnan dilahirkan pada 1 November 1971. Beliau memulakan kerjaya bola sepak tahun 1986 ketika berusia 15 tahun. Azman tidak menyertai pasukan sekolah rendah kerana sekolah rendah jauh dari rumah. Anak anggota tentera ini turut berjinak dengan Sateria Kota, pasukan rumah pangsanya di Cheras.(1)Pada peringkat awal Azman dilatih oleh bapanya sendiri.