Rabu, 3 Mac 2021

1991-AZMAN MENYERTAI PASUKAN KUALA LUMPUR.

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 19)

OLEH-AHMAD YAAKOB.
Pada tahun 1991, Azman Adnan cuma sekali sahaja mewakili Pasukan Semi Pro Kuala Lumpur dalam perlawanan menentang Johor. (1)



------------------------------------------
(1)Ahmad Yaakob, Buku Skrap Liga Semi Pro 1991,41.

Selasa, 2 Mac 2021

TITISAN KERINGAT- SAYA BUDAK BARU BELAJAR.

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 18)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kenangan karier bermula macam bidang terjun Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik keresahan menghabiskan masa di padang sebagai pembuat air minuman untuk pasukan satu ketika dahulu. Wajah cikgu Yusoff Ali di SMK Cochrane terpahat dingatan. Tahun 1987, Cikgu Yussof mengambil Azman sebagai sayap kiri pasukan sekolah. Bermula dari situ, Azman terpilih ke skuad Piala Rahman Kuala Lumpur. Tetapi hanya sebagai pemain simpanan dan menjadi tukang bancuh air sahaja.1
Tahun 1990, Azman menyertai Skuad Barcelona. Menurut Azan satu petang ketika berlatih di Padang Kelab Bandara, Bricfield, Pengarah Teknik S. Subramaniam memangil saya. Katanya Jurulatih Skuad Barcelona, Chow Kwai Lam minta hadir ke Pulapol untuk pemilihan terakhir. Petang itu saya menebalkan muka ke Pulapol kerana tahu nama saya tidak ada dalam senarai rasmi pemilihan.2


_______________________________________________
1Saodi Mat Atar, “Titisan Keringat-Saya Budak Baru Belajar, Berita Harian(Kuala Lumpur), 12 Disember 1992.
2 Ibid,

1991-AZMAN DIBIMBING OLEH RAZIP DAN MAT ZAN.

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 17)

OLEH-AHMAD YAAKOB.
Sebagai pemain baru Kuala Lumpur, Azman
bertuah kerana sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan Razip Ismail dan Mat Zan Mat Aris. Mereka selalu membimbing dan mereda- kan kegugupan Azman sebagai pemain remaja ketika dalam perlawanan hingga terlepas peluang menjaringkan gol. (1)



-------------------------------
(1)Chanel The Azman Adnan.

JARINGAN GOL AZMAN ADNAN TAHUN 1991.

(BUKU BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 16)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB.


Isnin, 1 Mac 2021

JARINGAN GOL AZMAN ADNAN 1991

 (BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 17)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
PIALA FA 2 GOL
PIALA MALAYSIA 5 GOL.

AZMAN ADNAN 1990

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 16)

OLEH AHMAD YAAKOB

Azaman Adnan mewakili Malaysia dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia Remaja di Hong Kong. Pada tahun 1990, namanya melonjak menjadi pemanis bibir peminat tempatan ketika menyarung jersi skuad Barcelona dalam pusingan kelayakan Olimpik di Seoul.

1991-AZMAN ADNAN MENYERTAI PASUKAN KUALA LUMPUR

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 15)

OLEH-AHMAD YAAKOB
Pada 1991, Azman mula membarisi skuad senior KLFA, yang dibintangi ramai pemain senior yang berpengalaman.1 Azman berbangga kerana dipilih menyertai pasukan Kuala Lumpur dan dapat bermain bersama pemain senior. Antara pemain senior tersebut ialah Mat Zan Mat Aris, Razif Ismail, K.Kanan, Subadron Aziz, Ramlan Askolani dan dua orang pemain impot Miladin Kuc dan Zorang Nicolik. Setiap kali dalam perlawanan Mat Zan Mat Aris dan Razif Ismail sentiasa bagi sokongan kepada Azman untuk mengatasi masalah gugup dan kesilapan telepas bola di depan gol.
Jersi pertama Azman Adnan bersama Kuala Lumpur bernombor 25. Ketika itu jurulatih Chow Kwai Lam meletak Azman sebagai pemain utama.Perlawanan pertama Azman Adnan pada tahun 1991 ialah menentanng Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Dalam perlawanan tersebut Azman menjaringkan satu gol untuk Pasukan Kuala Lumpur.2
Sumber foto-Channel The Azman Adnan



___________________________________________
[2]Channel The Azman Adnan.

SUKAN SEA 1991-DUA GOL JARINGAN AZMAN

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 14)

OLEH-AHMAD YAAKOB
Bola sepak di Sukan Asia Tenggara 1991 telah diadakan dari 25 November hingga 4 Disember 1991 di Manila, Filipina. Perlawanan pertama Kumpulan B berlangsung pada 26 November 1991, Malaysia tewas titangan Indonesia 2-0. Perlawanan kedua berlangsung di Stadium Peringatan Rizal pada 28 November 1991. Dalam perlawanan tersebut Malaysia tewas ditangan Filipina 1-0, Perlawanan ketiga pula berlangsung pada 30 November 1991. keputusan perlawanan, Malaysia 2-0 Vietnam. Kedua-dua gol Malaysia dijaringkan oleh Azman Adnan pada minit ke-24 dan minit ke 69. Oleh itu dengan hanya 3 mata, Malaysia gagal ke separuh akhir.[1]



___________________________________________

AZMAN ADNAN TERPILIH DALAM SKUAD SUKAN SEA 1991

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 14)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Azman Adnan , Salahudin Che Ros,Ghazali Ismail dan Yap Wai Loon dari Skuad Barcelona terpilih mewakili negara ke Sukan SEA 1991 di Manila

Jurulatih: Rahim Abdullah

Pemain:

Penjaga Gol: Azmi Mahmud (Kedah), Hassan Miskam (Johor)

Pertahanan: Salahuddin Che Ros (Pulau Pinang), K, Gunalan (Selangor), A. Jayakanthan (Selangor), Zamri Mohamed Noor (Terengganu), Ghazali Ismail (Johor), Sazali Nasir (Johor), Raja Azlan Shah Raja Soib (Kuala Lumpur), P. Maniam (Selangor)

Tengah: Azizol Abu Haniffah (Perak), Zaidi Nafiah (Perak), Roefandi Yusof (Perak), Yap Wai Loon (Kuala Lumpur), Reman Regunathan (Selangor)

Penyerang: Nidzham Adzha Yusof (Perlis), Azman Adnan (Kuala Lumpur), Salehan Mohamed Som (Johor)1



___________________________________________