MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID 15 MAC
2018
Azman Adnan calon sesuai ganti
Maniam?
ASFC melihat Azman Adnan sebagai
calon terbaik menggantikan P Maniam. Gambar kecil: Azman
TINDAKAN
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) merehatkan P Maniam sebagai ketua jurulatih
disambut baik kelab penyokong Selangor, Anak Selangor Fans Club (ASFC).
Presidennya, Mohd Faizal Wahid
berkata keputusan tersebut merupakan langkah terbaik selepas melihat kejatuhan
prestasi Gergasi Merah dalam saingan liga akhir-akhir ini.
Berikutan kekosongan tersebut,
beliau yang mewakili ASFC berpendapat legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan
merupakan antara calon yang sesuai untuk menyandang jawatan yang ditinggalkan
itu.
"Azman Adnan bukan sahaja
legenda buat The Red Giants tetapi dia juga sudah membuktikan kredibilitinya
sebagai jurulatih dengan membawa PDRM menjuarai Liga Perdana sebelum ini.
"Jadi bagi kami dia
merupakan antara calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan
Maniam.
"Selain itu, FAS juga boleh
mempertimbangkan K Gunalan yang pernah membawa Selangor ke pentas final Piala
Malaysia 2016 atau Raja Isa Raja Akram, bekas jurulatih UiTM FC yang pernah
berkelana di Liga Indonesia," katanya.
Pada masa sama, Faizal turut
bersetuju dengan keputusan FAS menyerahkan tanggungjawab kepada Muhammad
Nazliazmi Mohamad Nasir sebagai jurulatih sementara The Red Giants.
"Nazliazmi bukan nama asing
dalam bola sepak Selangor kerana dia pernah membawa pasukan Piala Presiden
bergelar juara tahun lalu.
"Jadi, kami tahu dia seorang
yang berwibawa untuk membawa pasukan menghadapi perlawanan terdekat (Piala FA)
buat sementara waktu.
"Jika dia berjaya membawa
pasukan meraih keputusan positif, tidak salah juga untuk memberi peluang
kepadanya mengendalikan pasukan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan musim
ini," katanya lagi.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23 MAC
2018