Jumaat, 23 Mac 2018

Azman Adnan calon sesuai ganti Maniam?


MOHAMAD FAZRUL ABDUL MAJID 15 MAC 2018
Azman Adnan calon sesuai ganti Maniam?
Azman Adnan calon sesuai ganti Maniam?
ASFC melihat Azman Adnan sebagai calon terbaik menggantikan P Maniam. Gambar kecil: Azman
TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) merehatkan P Maniam sebagai ketua jurulatih disambut baik kelab penyokong Selangor, Anak Selangor Fans Club (ASFC).

Presidennya, Mohd Faizal Wahid berkata keputusan tersebut merupakan langkah terbaik selepas melihat kejatuhan prestasi Gergasi Merah dalam saingan liga akhir-akhir ini.

Berikutan kekosongan tersebut, beliau yang mewakili ASFC berpendapat legenda bola sepak Selangor, Azman Adnan merupakan antara calon yang sesuai untuk menyandang jawatan yang ditinggalkan itu.


"Azman Adnan bukan sahaja legenda buat The Red Giants tetapi dia juga sudah membuktikan kredibilitinya sebagai jurulatih dengan membawa PDRM menjuarai Liga Perdana sebelum ini.

"Jadi bagi kami dia merupakan antara calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Maniam.

"Selain itu, FAS juga boleh mempertimbangkan K Gunalan yang pernah membawa Selangor ke pentas final Piala Malaysia 2016 atau Raja Isa Raja Akram, bekas jurulatih UiTM FC yang pernah berkelana di Liga Indonesia," katanya.

Pada masa sama, Faizal turut bersetuju dengan keputusan FAS menyerahkan tanggungjawab kepada Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir sebagai jurulatih sementara The Red Giants.

"Nazliazmi bukan nama asing dalam bola sepak Selangor kerana dia pernah membawa pasukan Piala Presiden bergelar juara tahun lalu.

"Jadi, kami tahu dia seorang yang berwibawa untuk membawa pasukan menghadapi perlawanan terdekat (Piala FA) buat sementara waktu.

"Jika dia berjaya membawa pasukan meraih keputusan positif, tidak salah juga untuk memberi peluang kepadanya mengendalikan pasukan sekurang-kurangnya sehingga pertengahan musim ini," katanya lagi.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 23 MAC 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan