Khamis, 28 Mac 2019

AZMAN ADNAN 2007


AZMAN ADNAN 1989

Azaman Adnan mewakili Malaysia dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia Remaja di Hong Kong. Pada tahun 1990, namanya melonjak menjadi pemanis bibir peminat tempatan ketika menyarung jersi skuad Barcelona dalam pusingan kelayakan Olimpik di Seoul.

AZMAN ADNAN 1988

Azman cuma bergiat  secara serius dalam bolasepak pada tahun 1986 ketika usia memanjat 15 tahun. Pada tahun 1988,beliau muncul sebabagi Penjaring terbanyak Piala Razak 1988.

AZMAN MEMULAKAN KERJAYA 1987


Kariernya bermula pada 1986. Beliau mula mewakili Sekolah Menengah Cochchrane pada tahun 1997. Cikgu Yusuf Ali mengambil Azman sebagai sayap kiri pasukan sekolah.[1]



[1] Berita Harian 12 September 1992.

Rabu, 27 Mac 2019

SAYA GELISAH BOSAN; AZMAN


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Kekusutan isu perpindahan pemain bolasepak Azman Adnan telalu cepat menjalar dan amat sukar untuk dirungkai hingga penyerang muda Kuala lumpur itu bagaikan  disampuk penyakit bisu sejak sebulan lalu.Dia menjadi benci untuk berbucara mengenai bolasepak, sekalipun hati kecilnya mahu bercerita pasukan mana minatnya berpaut kerana suasana langsung tidak mengizinkan demikian.[1]


[1] Saodi Mat Atar, Saya Gelisah Bosan: Azman, Berita Harian 17 Disember, 1992, (Kuala Lumpur),

NOSTALGIA SUPER STRIKER 1992


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Azman Adnan dihantui perasaan gementar dan hilang  tumpuan serta otak berkecamuk, buntu dan penuh nostalgia untuk tempoh 44 hari sema meletus kontroversi tawaran RM1juta dari Kuala Lumpur untuk mana-mana negeri yang mangambil striker nombor satu itu.

      Pengalam pertama penuh mendebarkan itu didedahkan sendiri oleh Azaman dalam pertemuan khas dengan WATAN selepas menandatangani kontrak lima tahun dengan skuad Selangor di Shah Alam Sabtu lepas.[1]


[1] Zulkifli Roslan, Nostalgia Striker 1992, Watan (Kuala Lumpur),5 Januari 1993,22.

AZMAN SERTAI LATIHAN BERSAMA SKUAD SELANGOR.


oleh-ahmad bin yaakob
Selangor sudah medapatkan suasana baru dalam pasukannya di Padang PKNS. Kelana Jaya, petang semalam apabila Azman Adnan menyertai latihan buat kali pertama. Pengurus baru, Datuk Mohd Aini Taib turut mengalami hari bersejarah itu menyaksikan Azman berlatih dengan pemain utama Selangor Zainal Nordin, Ismail Ibrahim, Mallek Rahman dan Reman Ragunathan.[1]   


[1] Harian Metro 24 Disember 1992.

NAIK GAJI


PBKL sedia bayar RM6,000.00 sebulan kepada Azman.
Persatuan Bolasepak  Kuala Lumpur (PBKL) sedia menawarkan gaja RM6,000.00 kepada ayam tambatannya, Azman Adnan sekiranya pemain itu terus menetap bersama pasukan itu menjelang pertandingan Lliga Semi-pro musim depan.[1]


[1]Harian Metro Jumaat, 18 Disember 1992, 29.

KL TIDAK AKAN BERI KENAIKAN GAJI MUSIM DEPAN


Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Gaji tak naik, hanya beberapa imbuhan sebagai ganjaran. Begitulah tegasnya pendirian Persatuan Bolasepak Kuala Llumpur (PBKL), biar pun boleh membuatkan penyerang handalannya, Azman Adnan  hilang semangat untu terus bersama mereka.[1]


[1] Harian Metro Sabtu 12 Di

Jumaat, 8 Mac 2019

Apa nak malu? – Azman Adnan

06 Mac 2019 4:37 PM
AZMAN ADNAN
 AZMAN ADNAN
Azman mengakui tidak pernah berasa malu untuk membimbing pemain bertaraf amatur.

KUALA LUMPUR - Status sebagai penyerang legenda negara bukan penghalang untuk Azman Adnan turun ke padang membantu kelab amatur M3, Tun Razak FC berentap dalam saingan Piala FA 2019.

Bekas pemain yang mencipta nama bersama Selangor dengan empat kejuaraan Piala Malaysia itu mengakui tidak pernah berasa malu untuk membimbing pemain bertaraf amatur yang ada di antara mereka peniaga gerai char kueh teow dan pekerja kilang.


Sentuhan Azman sebelum ini pernah mengendalikan pasukan Liga Super PDRM FA tampak menjadi apabila membawa pasukan yang digelar ‘budak flat’ yang berpangkalan di Cheras melangkah ke pusingan pertama Piala FA 2019.

“Pada saya tidak ada apa yang nak dimalukan, ini kampung saya, budak flat (pemain Tun Razak FC) ini adalah anak buah saya juga, saya hanya bantu beri tunjuk ajar dan semangat kepada mereka. Dan ini bukan usaha saya seorang, saya juga dibantu oleh Azrul Amri Burhan dan Ivan Yusoff.

“Ini tempat saya membesar dan bermain bola sepak dengan Azrul, Ivan dan bila saya tahu mereka mahu menyertai M3, saya bersetuju untuk membantu mereka,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebentar tadi.

Tun Razak FC berjaya mencuri tumpuan apabila menewaskan kelab juara Divisyen 1 Liga Melaka, SAMB FC 3-1 pada pusingan kelayakan Piala FA 2019 sebelum mara ke pusingan kedua apabila membenamkan juara Selangor Champion League, Puchong Fuerza FC menerusi sepakan penalti 4-3 selepas aksi sebenar terikat 1-1.

Bagaimanapun cabaran lebih hebat bakal dihadapi skuad budak flat apabila diundi berdepan pasukan Kuala Lumpur pada pusingan pertama 2 atau 3 April ini.

Bagaimanapun, Azman yang menyarung jersi Harimau Malaya sejak 1991 hingga 2001 memberitahu pertembungan dengan pasukan Liga Super itu adalah impian menjadi kenyataan buat pemain Tun Razak FC.

“Pasukan budak flat ini gembira sebab memang mereka mahu bertemu dengan pasukan Liga Super kerana bukan senang untuk mereka merasai pengalaman ini apatah lagi beraksi di stadium besar.