06 Mac 2019 4:37
PM
AZMAN ADNAN
Azman mengakui
tidak pernah berasa malu untuk membimbing pemain bertaraf amatur.
KUALA LUMPUR -
Status sebagai penyerang legenda negara bukan penghalang untuk Azman Adnan
turun ke padang membantu kelab amatur M3, Tun Razak FC berentap dalam saingan
Piala FA 2019.
Bekas pemain
yang mencipta nama bersama Selangor dengan empat kejuaraan Piala Malaysia itu
mengakui tidak pernah berasa malu untuk membimbing pemain bertaraf amatur yang
ada di antara mereka peniaga gerai char kueh teow dan pekerja kilang.
Sentuhan Azman
sebelum ini pernah mengendalikan pasukan Liga Super PDRM FA tampak menjadi
apabila membawa pasukan yang digelar ‘budak flat’ yang berpangkalan di Cheras
melangkah ke pusingan pertama Piala FA 2019.
“Pada saya tidak
ada apa yang nak dimalukan, ini kampung saya, budak flat (pemain Tun Razak FC)
ini adalah anak buah saya juga, saya hanya bantu beri tunjuk ajar dan semangat
kepada mereka. Dan ini bukan usaha saya seorang, saya juga dibantu oleh Azrul
Amri Burhan dan Ivan Yusoff.
“Ini tempat saya
membesar dan bermain bola sepak dengan Azrul, Ivan dan bila saya tahu mereka
mahu menyertai M3, saya bersetuju untuk membantu mereka,” katanya menerusi
kenyataan yang dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebentar tadi.
Tun Razak FC
berjaya mencuri tumpuan apabila menewaskan kelab juara Divisyen 1 Liga Melaka,
SAMB FC 3-1 pada pusingan kelayakan Piala FA 2019 sebelum mara ke pusingan
kedua apabila membenamkan juara Selangor Champion League, Puchong Fuerza FC
menerusi sepakan penalti 4-3 selepas aksi sebenar terikat 1-1.
Bagaimanapun
cabaran lebih hebat bakal dihadapi skuad budak flat apabila diundi berdepan
pasukan Kuala Lumpur pada pusingan pertama 2 atau 3 April ini.
Bagaimanapun,
Azman yang menyarung jersi Harimau Malaya sejak 1991 hingga 2001 memberitahu
pertembungan dengan pasukan Liga Super itu adalah impian menjadi kenyataan buat
pemain Tun Razak FC.
“Pasukan budak
flat ini gembira sebab memang mereka mahu bertemu dengan pasukan Liga Super
kerana bukan senang untuk mereka merasai pengalaman ini apatah lagi beraksi di
stadium besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan