ARKIB : 24/10/2004
PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) tidak melanjutkan kontrak dua
pemain veteran skuad itu menghadapi saingan Liga Perdana musim depan.
Pengurus Selangor, Datuk Satim Diman berkata, dua pemain tersebut yang digugurkan ialah penyerang, Azman Adnan dan pemain pertahanan, Asroff Hanafiah.
Menurutnya, dua lagi pemain muda yang turut diketepikan ialah penjaga gol, Mohd. Sany Fahmi dan penyerang, Rudie Ramli.
``Mereka ini adalah antara senarai 12 pemain musim ini yang tidak dilanjutkan kontrak untuk musim 2005.
``Keputusan itu dibuat kerana prestasi mereka yang kurang memberangsangkan sejak awal musim ini,'' ujarnya ketika dihubungi semalam.
Begitupun, bekas penjaga gol Selangor yang kembali menyarung jersi skuad Merah Kuning musim ini, Azlisham Ibrahim terselamat apabila dia turut ditawarkan kontrak untuk tempoh semusim lagi.
Menurutnya, Selangor kini membuat perancangan baru untuk memantapkan kembali skuad itu ekoran pencapaian buruk yang dilalui musim ini sehingga tersisih untuk layak ke Liga Super.
``Kali ini kita terpaksa memilih pemain yang benar-benar dapat memberikan sumbangan bermakna kepada Selangor.
``Dan bukan seperti yang dilalui musim ini, pemain yang ada langsung tidak menjanjikan sebarang kejayaan kepada Selangor,'' jelasnya lagi.
Sehubungan dengan itu juga, Satim turut mengumumkan hanya 12 pemain Selangor musim ini dikekalkan untuk menghadapi saingan musim depan.
Antara pemain yang dikekalkan ialah Sharizan Ismail, Azlisham Ibrahim, Razman Roslee, Saiful Nizam, Fadhil Hashim, S. Sivaram, D. Surendran, Fairuz Montana, Mohd. Shukor Adan, Mohd. Amri Yahyah, P. Gunalan dan Irne Mat.
Brian Fuentes dikekalkan kali ini.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1024&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4fgyW5eqC
© Utusan Melayu (M) Bhd