Ahad, 3 November 2019

Azman antara lapan pemain digugurkan


ARKIB : 30/09/1998
PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mengambil keputusan drastik dengan menggugurkan lapan pemain musim ini, termasuk penyerang utamanya Azman Adnan.
Selain Azman, pemain senior lain yang turut diketepikan ialah penjaga gol Azlisham Ibrahim, Asmawi Bakiri dan K. Gunalan.
Bagaimanapun nasib seorang lagi pemain Merah Kuning, Shahril Arsat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin FAS yang akan mengadakan mesyuarat hari ini.
Empat lagi pemain muda Selangor yang turut mengalami nasib yang sama ialah Amali Amir, V. Vogeswaran, Mohd. Gaddafi Abdul Karim dan Khairil Zamri Abdul Rashid.
Bagaimanapun nasib tiga pemain importnya - Alexander Freeman, Mehmet Durakovic dan Fidadi Mohamad - akan diputuskan selepas tamat kempen Selangor dalam Kejohanan Kelab-Kelab Asia nanti.
Sebelum ini enam pemain Selangor telah dikaitkan atas dakwaan menjual perlawanan hingga menyebabkan Selangor gagal melayakkan diri ke Piala Malaysia.
Pengurus pasukan Selangor, Datuk Mokhtar Ahmad berkata, kontrak Azman dan Azlisham yang sepatutnya berakhir pada tahun 2000 ditamatkan lebih awal.
''Perkara ini telah dimaklumkan secara bertulis kepada kedua-dua pemain itu. FAS memberikan kebenaran untuk mereka untuk mencari pasukan lain bagi menghadapi musim depan.
''Mereka kini boleh berbincang atau mengadakan rundingan lebih awal dengan mana-mana pasukan dan FAS tidak menghalangnya,'' ujar Mokhtar ketika ditemui di pejabat FAS, Kelana Jaya semalam.
Mengenai kedudukan enam pemain lain pula kata Mokhtar FAS tidak melanjutkan kontrak mereka yang dijangka berakhir Disember ini.
''Nasib Freeman, Fidadi dan Mehmet akan kita putuskan kemudian selepas berakhir kejohanan Piala Kelab Asia. Ini juga bergantung kepada keputusan FAM yang bercadang khidmat pemain import tidak digunakan musim depan,'' katanya.
Mengenai kedudukan Shahril pula Mokhtar berkata pemain itu terpaksa menunggu keputusan daripada Jawatankuasa Disiplin FAS yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Tengku Ahmad Shah yang membincangkan kes pemain atas dua tuduhan.
Katanya, pemain tengah itu dihadapkan ke jawatankuasa ekoran tindakannya yang tidak profesional apabila mengingkari arahan jurulatih sehingga dia dilayangkan kad merah sewaktu perlawanan play-off bertemu Perak.
''Ekoran daripada tindakan pemain itu yang tidak profesional menjadi punca Selangor gagal ke Piala Malaysia apabila tewas kepada Perak,'' jelas Mokhtar yang juga adalah Naib Presiden FAS.
Shahril dilayangkan kad kuning pertama apabila dengan sengaja memegang bola di kotak penalti kemudian dia menerima kad kedua hingga dibuang padang apabila mengeluarkan kata-kata kesat ke atas pengadil.
Tuduhan kedua pula jelas Mokhtar, pemain itu telah membuat kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa mengecam pihak pengurusan kerana menjadi punca kegagalan Selangor ke Piala Malaysia.
Sementara itu, Mokhtar merayu kepada peminat untuk memberi sokongan padu apabila skuad Selangor turun bagi perlawanan pusingan kedua Piala Kelab Asia ke-18 menentang Angkatan Tentera Singapura di Stadium Shah Alam Sa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan