ARKIB : 15/12/2000
Sebaliknya, empat muka baru
mendapat kepercayaan jurulatih baru, Allan Harris, manakala pemain lain
daripada skuad Piala Tiger dikekalkan.
Tiga tonggak utama Negeri
Sembilan, Chow Chee Weng, Shukor Adan dan Zamani Misbah serta Irwan Fadli Idrus
dari Kedah menyarung jersi kebangsaan buat kali pertama.
Pemain berbakat Sarawak,
Gilbert Cassedy Gawing dan bekas pemin skuad Olimpik, S. Jayaprakash, Khaled
Jamlus dan V. Saravanan - kesemuanya dari Perak dipanggil semula.
Turut kembali mendapat
kepercayaan adalah pemain Johor, Bathiar Othman, yang baru mengikat kontrak
dengan juara Liga Perdana Satu, Selangor.
Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM), semalam membuktikan keseriusan untuk memberi pendedahan pemain muda
apabila membariskan beberapa pemain bawah 23 tahun.
"Keputusan perlawanan
tidak begitu penting, sebaliknya keutamaan adalah pendedahan kepada pemain
muda,'' kata Harris selepas mengumumkan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana
Jaya semalam.
"Saya sudah tegaskan
kelayakan Piala Dunia bukan medan mengembalikan martabat pasukan negara, tetapi
adalah pendedahan untuk peringkat selepas itu,'' katanya lagi.
Pemain akan mendaftar diri pada
7 Januari, sebelum dijadual menghadapi perlawanan persahabatan dalam siri
jelajah yang belum ditetapkan tarikh dan destinasinya.
"Kita perlu mengadakan
perlawanan ujian sebelum pusingan kelayakan bermula bagi mendedahkan pemain
dengan keadaan cuaca sama seperti Hong Kong dan Qatar,'' Harris, yang baru
mengambil alih tugas Abdul Rahman Ibrahim.
Sementara itu, Harris tidak
menolak kemungkinan memanggil semula dua pemain negara yang kini beraksi di
Perancis, Akmal Rizal Rakhli dan Juzaili Samion.
Malaysia diletakkan dalam
kumpulan tiga bersama Qatar, Hong Kong dan Palestin pada pusingan kelayakan
Piala Dunia.
Pusingan pertama akan diadakan
di Hong Kong pada 3-11 Mac, sementara pusingan kedua dilangsungkan di Doha,
Qatar pada 20-25.
Hanya juara kelayakan akan
beraksi ke peringkat seterusnya, sebelum melayakkan diri ke Piala Dunia 2002 di
Jepun dan Korea Selatan.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4b7RCU2Gt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan