Sabtu, 11 Mac 2017

NS teruskan kecemerlangan


 

ARKIB : 25/09/2000
AZMAN Adnan meraikan kejayaannya menyumbatkan gol pertama sewaktu Negeri Sembilan menewaskan Kelantan 4-1 pada perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi kelmarin.

NEGERI SEMBILAN menganggap kemenangan selesa 4-1 ke atas Kelantan di gelanggang sendiri pada pertemuan pertama suku akhir Piala Malaysia, sebagai detik permulaan pasukan itu untuk meneruskan kecemerlangan.

Pengurus pasukan, Wan Zainal Abidin Wan Abdullah berkata, kemenangan di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Seremban memberi sedikit kelebihan kepada pasukannya.

Begitupun katanya, Kelantan sudah pasti merangka strategi untuk mengekang kemaraan skuad Rusa ke separuh akhir.

''Kami menang dengan selesa tetapi para pemain diberi ingatan agar tidak alpa kerana saingan peringkat ini belum berakhir lagi,'' katanya di Seremban, semalam.

Wan Zainal berkata, kalau dilihat permainan kelmarin, para pemain mempunyai banyak peluang menghasilkan gol.

Tegasnya, pada separuh masa kedua, skuad Rusa mempunyai sekurang-kurangnya 10 peluang untuk menghasilkan gol tetapi ia dipersia-siakan begitu sahaja.

Malahan kealpaan pemain pertahanan membolehkan Kelantan 'mencuri' satu gol pada minit-minit terakhir permainan menerusi jaringan Cik Hishamuddin Hasan.

Sehubungan dengan itu tegasnya, para pemain diingat agar terus memberi tumpuan dan mengekalkan tahap permainan yang baik sehingga tamat permainan.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0925&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4b1VBPE00

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan