Ahad, 4 Disember 2016

Rama, Azman digantung dan denda RM500

ARKIB : 17/06/1999
PENYERANG sensasi Pulau Pinang, Azman Adnan digantung dua perlawanan dan denda RM500 oleh jawatankuasa tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah pada perlawanan menentang Pahang dalam Perdana Satu, Sabtu lalu.

Azman yang menjaringkan 13 gol untuk Pulau Pinang dilayangkan kad merah pada perlawanan itu dan kini terlepas peluang beraksi pada perlawanan terakhir Liga Perdana Satu menentang Perak di Stadium Bandaraya, Sabtu ini.

Turut digantung dua perlawanan dan denda RM500 ialah pemain Pahang, K. Ramachandran yang terbabit dalam insiden pada perlawanan itu.

Sementara pemain Tentera, Ya'kob Aris juag menerima hukuman digantung dua perlawanan Perdana Dua bermula 7 Jun lalu dan didenda RM1,000 kerana aksi ganas dalam perlawanan.

Pemain Liga Presiden Perlis, Somchat Na Rong dan pemain Liga Presiden Kedah, Mohd. Fakhzan Salleh, masing-masing digantung dua perlawanan mulai 5 Jun lalu dan denda RM300 kerana kesalahan yang sama.

Mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAM di wisma FAM, Kelana Jaya, semalam dipengerusikan oleh Senator Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_08.htm#ixzz4Rsrckcig © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan